Click On The Ad

Dec 6, 2010

Jana Trafik Dari Portal eBay

 
Saya baru sahaja membeli produk Eruwan Gerry!

Memandangkan agak sibuk dengan tugas harian dan lain-lain, saya baru sahaja membeli produk Jana Trafik Eruwan Gerry. Memang rugi betul tidak menjadi affiliate untuk produk ini!

Sebenarnya saya tidak beberapa mengenali otai besar eBay ini. Walaupun beliau banyak dijemput bagi menjadi jurucakap bagi seminar rasmi eBay dan lain-lain, saya memang sekadar ‘pernah mendengar nama’ sahaja.

Kemudiannya, beberapa rakan saya memperkatakan kehebatan produk Jana Trafik ini, barulah saya membelinya. Memang melangkaui jangkauan....

Saya merasakan beliau telah mendedikasikan pengalaman beliau selama 7 tahun ber eBay di dalam produk ini.

Review  Produk Jana Trafik

Selain menjadi Malaysian Top eBayer, beliau juga merupakan salah seorang affiliate terkenal. Bagi produk beliau ini, ia banyak menumpukan kepada kaedah menjana traffik ke produk anda yang mana saya katakan lebih sesuai kepada affiliate.

Apa yang baru tentang produk ini ialah, konsep yang digunakan untuk menjana trafik ini seperti menggunakan enzine article, squidoo, PCP dan lain-lain tetapi kali ini melalui portal eBay. Saudara boleh review video percuma berkenaan produk ini apabila mendaftar email anda.

Di antara pakej yang paling hebat sekali ialah Pakej Automatik Power Seller.

Jika anda seorang eBayer dan affiliate, maka saya katakan ini adalah produk wajib bagi anda. Bukan niat saya untuk mempromosikan produk ini, tetapi saya sangat-sangat kagum dengan produk ini.

Anda boleh lihat produk ini di sini. (Bukan Link Affiliate).

Terima Kasih








V-Jana Trafik




Nov 29, 2010

2 + 1 Seminar eBay

Salam Sejahtera,

Saya mula mengenali bidang internet sejak 2008. Pada ketika itu, saya diperkenalkan oleh saudara Sifu-Lan yang merupakan perintis kepada kebanyakan Power Seller dan Top Rated Seller di Malaysia. Beliau merupakan penulis buku kepada Panduan Dan Teknik Rahsia eBay. Hasil penulisan beliau yang bersahaja dan ala-ala santai telah menarik minat ramai orang untuk menceburi perniagaan eBay.
 
Selain itu, beliau juga ada mengadakan seminar-seminar dan personnel coaching  di Malaysia

Baru-baru ini, beliau telah melancarkan sebuah website rasmi seminar eBay. Anda boleh lawati seminar tersebut di http://www.seminarebay.com/. Yang menariknya berkenaan seminar ini ialah ia diadakan bersama 2 lagi otai eBay.
 
Sifu-Lan        : Saya pernah menghadiri seminar beliau pada bulan Okt yang lalu. Saya boleh katakan beliau merupakan cikgu yang baik dan mempunyai ilmu yang agak luas di dalam bidang eBay.

Noorizam      : Saudara Noorizam pula merupakan salah seorang eBay Education Specialist (Siapa yang tak kenal saudara Noorizam?). Walaupun agak ‘rock’ orangnya, namun beliau juga mampu memberi ilmu yang anda kehendaki berkenaan eBay dan lain-lain.

Syed Syazni : Beliau merupakan penulis kepada ‘Hottest Product On eBay Wholesaler & Seller's Guide’. Walaupun tidak pernah menemui beliau secara langsung, hasil penulisan beliau melalui ebook tersebut memang mantap dijadikan panduan untuk ‘seller physical items’.

AL-KISAH SEMINAR EBAY

Seminar ini sangat sesuai bagi mereka yang baru bermula mempelajari eBay. Saya pasti gabungan otai-otai eBay tersebut akan banyak memberi ilmu kepada anda nanti.

HARGA

Pada pendapat saya, harga RM450 yang dikenakan kepada peserta ini sangat berbaloi. Saya tidak nafikan memang ramai yang telah menjadi FULL TIME eBay melalui seminar yang mereka adakan. Jadi, apalah sangat harga tersebut.

Jika anda berminat, seminar tersebut diadakan di IM Training Centre, Ses 7, Shah Alam atau anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut di sini.

Nov 17, 2010

Pendapat Peribadi..

Setelah beberapa lama ke semua akaun eBay saya di limit kan, saya mula berpendapat peluang mencari duit melalui eBay telah tamat. Tamat seperti skim cepat kaya yang lain. Sekejap ada, sekejap tiada. Malah beberapa rakan saya juga ada meluahkan perkara yang sama. Dan tidak lupa juga kepada yang meluahkan rasa marah kepada otai-otai eBay di Malaysia. Katanya, seminar dan personel coaching yang dilaksanakan hanyalah peluang mereka untuk memenuhi poket mereka. eBay telah terkubur dan mereka cuba cari makan melalui seminar dan personel coaching.

Namun pada masa yang sama, saya dapati saham eBay semakin naik. Jualan di eBay semakin rancak dan tidak menjejaskan langsung bilangan seller di eBay. Saya tekadkan hati dan masih mencuba setiap hari untuk membuat jualan di eBay.

Setelah beberapa lama mencari penyelesaian, saya berpendapat produk AN tidak lagi releven. Kini, 'harga' bagi sebuah akaun eBay sangat tinggi nilainya. Tidak lagi seperti dahulu, asal kena suspend jerk, buka akaun baru.

Seperti tajuk artikel ini, penulisan kali ini hanyalah pendapat peribadi saya. AN merupakan salah satu dropshipper yang paling kuat bertapak di Asia Tenggara. Upload gambar, download zip file dan terus listing. Dahulu kalau menggunakan dropshipper AN, saya mampu membuat listing sehingga 500 listing sehari. Sebulan dah 15 000 listing. Memang lumayan.. Boleh dikatakan itu adalah zaman paling gemilang saya dalam ber eBay.

Nasihat saya, seller eBay pada masa kini perlu menggunakan dropshipper dari US yang mempunyai tracking number. Penghantaran lebih cepat dan lebih diyakini oleh pembeli. Terdapat banyak dropshipper dari US yang menggunakan CSV file seperti AN. Bagi seller yang masih baru dan dikenakan selling limits, jangan lupa memilih dropshipper yang nilai keuntungannya sekurang-kurangnya sehingga US30 setiap jualan. Biar pun 10+ listing, namun kalau 5 daripada jualan tersebut terjual, anda sudah untung US150.

Nov 16, 2010

Peluang Buat Duit Di Internet

Salam Sejahtera,

Nizzura
Seperti yang telah saya perkatakan di post-post saya sebelum ini, saya merupakan seorang Internet Marketer  tegar dan menjana pendapatan dari blogger, eBayer, clickbank, affiliate dan lain-lain. Mungkin saya tidak dapat menguasai kesemuanya, tapi saya telah merasai kebanyakan peluang mencari duit di internet ini. Bermula dengan eBay, kini saya mula mencari peluang baru di clickbank .com sebagai affiliate. Semakin hari, semakin 'histeria'. Histeria kerana semakin saya mempelajari bidang internet, saya semakin yakin dan semakin gelojoh mempelajari bidang ini. 

Apa yang saya perkatakan sekarang bukanlah Skim Cepat Kaya, bukan Multi-Level Marketing (MLM) dan bukannya Sistem Piramid. Paling penting, HALAL. Anda tidak perlu lagi mencari sahabat atau kawan-kawan untuk dijadikan mangsa. Kemudian selepas beberapa bulan, biz anda hancur dan rakan-rakan menyalahkan anda. Tak Perlu! Peluang mencari pendapatan yang saya nyatakan di sini adalah perniagaan anda sendiri, atas usaha anda sendiri dan semuanya bergantung kepada anda sendiri. Ada usaha, ada wang. Malas berusaha, tiada wang. Simple As That. Bagi yang belum yakin tentang perniagaan internet, saya terangkan serba sedikit perniagaan internet yang telah saya ceburi seperti berikut:
  • eBay - Sistem Jual Beli Antara Pembeli dan Penjual. So, apa yang salah tentang sistem jual beli? Kalo tak ada produk, boleh cari. Tiada modal? Ada caranya.....
  • ClickBank - Bank bagi produk digital. Pengeluar produk letakkan produk mereka di sini dan anda hanya mempromosikan produk mereka. Barang terjual, dapat komisyen.
  • Affiliate - Orang tengah bagi mempromosikan produk jualan. Tidak perlu modal, tidak perlu cari down line. Bijak mempromosikan produk, dapat duit.
  • Blogger - Jika anda dapat lihat iklan di sebelah kanan atas blog ini, terdapat beberapa iklan dari syarikat pengiklanan. Jangan ingat saya tidak menjana wang dari pengiklanan tersebut. Kalau tak, saya tidak akan letakkan iklan tersebut. Buat menyemak jer.
Apa  yang saya sebutkan di atas adalah sebilangan kecil dari punca rezeki dari internet. Kebanyakan pendapatan sebagai IM saya mulakan sedikit demi sedikit, seperti orang lain. 

Semakin saya mengenali bidang ini, semakin histeria!


Gambar tersebut merupakan satu daripada pendapatan internet saya. Withdrawal fm Paypal ke Maybank2u.com. Maybank2u tersebut saya gunakan untuk salah satu akaun eBay saya. Saya ada 3 akaun eBay. Dan itu baru pendapatan dari eBay…


Apa yang cuba saya nak nyatakan di sini ialah pendapatan internet ini halal dan boleh diperolehi. Tapi apa yang perlu anda ada ialah ilmu. Kalau seorang doktor belajar selama 5 tahun untuk memperolehi pendapatan 5 ribu sebulan, bagaimana dengan ilmu bidang IT? Seminggu? Sebulan? Setahun? Jawapannya, sehari!
Transaksi Paypal Dalam Masa Sehari

Saudara Nizzura merupakan seorang Internet Marketer (IM) sepenuh masa dari tahun 2007 lagi. Beliau merupakan seorang IM yang terkenal sebagai affiliate dan vendor untuk Clickbank. Selain itu, beliau merupakan eBayer tegar dan banyak menganjurkan seminar-seminar untuk membantu mereka yang benar-benar serious untuk menjana pendapatan dari internet. Pengasas kepada Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad ini juga telah banyak membantu individu-individu yang ingin menjana pendapatan tambahan. Jika anda berminat, klik di sini atau di link yang saya berikan.

*Saya fokuskan kepada pendapatan tambahan kerana anda boleh menjana pendapatan internet secara sambilan. Seperti saya sendiri, saya seorang yang berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap yang lain. Saya hanya meluangkan masa 1 – 2 jam di hadapan komputer. Itu pun kalau ada masa!

Label : MUST ATTEND COURSE!
Siapa Yang Sesuai Menghadiri Seminar Ini

Seminar yang dianjurkan adalah kepada newbie yang ingin menjana pendapatan dari program affiliate dan vendor di Clickbank. Saya syorkan kepada saudara yang berminat untuk menjana pendapatan sebagai affiliate/ vendor mengikuti seminar ini. Selain itu, asas-asas perniagaan dunia eBay juga diterangkan.

Harga Bagi Menghadiri Seminar

Harga bagi menghadiri seminar ini ialah PERCUMA. Saya ulang, PERCUMA. Setakat ini, Saudara Nizzura menganjurkan seminar ini secara percuma sebanyak 4 kali bertempat di Kelana Mall, Petaling Jaya, Selangor. Jika anda benar-benar ingin menjana pendapatan tambahan dari internet, maka inilah masanya. Selepas ini, Saudara Nizzura akan mengenakan bayaran kepada seminar yang beliau. 

Apa Yang Anda Tunggu Lagi? Klik di sini!


Nov 14, 2010

Who Am I?

Good Day,


Allow me to introduce myself. My name is Zainol Rashid and I have been an Internet Marketer since 2009. I make a living from eBay, blog, and e-commerce.

eBay

When it comes to eBay, I have tried it all. I first started selling items around the house then quickly moved to whole sale companies. In 2009, I was introduced to digital products and now make a full time living as an eBay Top Rated Seller. Currently, I have 2 account with Top Rated Seller status and one account with feedback currently more than 19 000++.


I am a confessed eBay freak! I have been selling on eBay since 2007, and I have learned from many eBay guru's and creative thinkers. I have over 110,000 people on my email newsletter mailing list as of May 2006 and the common goal among all subscribers is making serious money on eBay and on the Internet.






Blog Money





logspot.com/_fI0X-9eIGwk/TOmrubMa_9I/AAAAAAAAAEI/gLsjB9xMPV4/s1600/TOP+RATED+SELLER.JPG" imageanchor="1" style="clear: right; float: right; margin-bottom: 1em; margin-left: 1em;">
Over the last 3 years, I've spent my career toiling over untold hours to create, enhance, and perfect a fool-proof eBay business model that has skyrocketed me into one of the auction marketplace’s most successful Powersellers.

If you want access to proven basic eBay success strategies as well as more advanced 'insider information' and tips that have helped to create some very serious eBay success stories then I am you right ‘Guru’.

"Why is it so ludicrously simple to generate
flows of heart-pounding cash on eBay?"

Selling and making money on eBay is so drop-dead-simple, just about anybody of any business or computer experience can make it happen. And I’m not talking about the ones who are making a few extra spare change selling products here and there either – I’m talking about regular housewives, retirees, college students, and busy parents who are consistently milking several thousands of dollars every week with their eBay business from the comfort of their homes!

"Open Your Doors To Over 200 Million Hungry eBay Shoppers Worldwide"

As an eBay PowerSeller, you can attract hundreds of dollars per day, while spending only a couple of hours per day working from the comfort of your own home!

Did you know 95% Of People QUIT And Give Up
Before They Even Start Making Money On eBay?
Not Here And Not YOU!

Im here to share my secret and thousand others TOP RATED SELLER secrets on how to sell effectively on eBay. I believe God has his own recognition to those who try their best to success. I believe God sustenance is too big for us to explore. 

"My Goal is to provide you with the most up-to-date selling secret that will quickly and easily boost your sales and sky rocket your profits!"

Regards,

www.zainoldotcom.blogspot.com










Blog Money







Nov 6, 2010

Apa Yang Boleh Dilakukan Jika Anda Menerima Negetive Feedback

All About Feedback

Feedback merupakan komen dan rating yang diberikan oleh pembeli terhadap barangan yang dijual. Feedback mewakili penjual samada beliau merupakan seorang penjual yang baik atau tidak.

Setiap kali anda menjual sesuatu, pembeli mempunyai hak untuk meninggalkan feedback tentang perkhidmatan dan barangan yang dibeli. Feedback terdiri daripada +ve, neutral, -ve dan dibenarkan meninggalkan sedikit komen. Penjual membina reputasi sebagai penjual yang baik atau buruk dari feedback dan komen yang ditinggalkan oleh pembeli.

Maklumat ini boleh didapati di profile feedback penjual. Setiap ahli eBay boleh melihat profile feedback setiap penjual yang dikehendakinya. Oleh kerana jualan online berdasarkan kepercayaan dan keikhlasan, feedback merupakan salah satu cara untuk membina reputasi sebagai penjual. Bilangan feedback diwakili oleh warna bintang (di sebelah user id penjual) seperti berikut:

 
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima –ve Feedback 

Negetive Feedback merupakan mimpi ngeri bagi setiap penjual. Feedback –ve bukan sahaja melambang perkhidmatan/ barangan yang buruk, malah penjual juga mungkin dikenakan selling limit, low visibility dan akhir sekali akaun di hentikan oleh eBay.

Bagi penjual yang menerima feedback –ve, penjual boleh memohon agar feedback tersebut ditarik balik. Ini bergantung kepada penjual bagaimana untuk memikat pembeli agar menukar feedbacknya. Samaada memulangkan wang, menggantikan dengan barangan  yan g baru atau membayar sejumlah wang kepada pembeli sehingga mereka sanggup untuk menukarkan feedback mereka. 

Penjual boleh memohon agar feedback mereka ditukarkan di http://pages.ebay.com/help/feedback/questions/remove.html dan click ‘Submit a Feedback Revision Request’. Pembeli akan menerima email berkenaan permohonan penjual untuk menukar feedback dan boleh menukar feedback mereka.




Oct 30, 2010

VeRO Programs

VeRO Program atau kata nama lainnnya Verified Rights Owner Programs adalah satu program yang membolehkan pemilik sebenar sesuatu items untuk melaporkan bahawa seseorang penjual itu menjual barang jualan palsu. Program ini adalah untuk melindungi hak pemilik sebenar termasuk tanda dagang, hak cipta atau hak undang-undang yang lain.

Sebagai contoh, seorang pemilik boleh meminta eBay untuk menghapuskan items yang mempunyai logo pemilik itu, jika items tersebut bukan produk asli pemilik. Program ini membantu pemilik sebenar dan juga membantu pembeli membeli barangan asli.

Bagi seller yang menjual barangan VeRO, listing bagi items tersebut akan dihapuskan dan seller akan diberi amaran atau akaun seller tersebut terus ditamatkan serta merta. Di antara denda yang akan dikenakan kepada seller ialah selling restrcition in 7 days, selling restriction in 30 days dan selling limit. Denda yang dikenakan kepada seller bergantung kepada pertimbangan eBay Safe and Harbour Department dan jenis VeRO yang dijual. Anda boleh melihat list items yang mempunyai VeRO seperti di http://pages.ebay.com/help/community/vero-aboutme.html

Mengapa Listing VeRO Saya Ditamatkan Sedangkan Banyak Lagi Seller Yang Menjual Items Tersebut?

Sebab utama listing anda ditamatkan sedangkan listing seller yang lain tidak ditamatkan ialah kerana pemilik VeRO masih belum melaporkan items tersebut kepada eBay. Ini bermakna listing VeRO anda mungkin ditamatkan dalam masa sehari, seminggu atau sebulan sehingga pemilik VeRO itu melaporkan kepada eBay.

Lain-lain

eBay pernah di saman oleh Bidz.com pada Oct 2003 kerana ‘mewujudkan persaingan perniagaan yang tidak adil, memanupulasikan logo perniagaan dan membenarkan seller di eBay menjual barangan palsu.’ Sejak itu, larangan terhadap jualan VeRO items sangat diambil berat oleh eBay.


Oct 27, 2010

Siapa Nak Panduan Adobe Photoshop dan 10 000 Fonts?


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan Photoshop ini sangat meluas daripada Photograher, Web Designer, Graphic Designer dan bermacam-macam lagi. Sehingga hari ini, saya masih tercari-cari buku panduan/rujukan yang benar-benar mudah difahami dan senang digunakan. Panduan yang sering saya gunakan ialah melalui YouTube dan blog-blog ringkas.

Namun setakat mana anda dapat mencari panduan-panduan tersebut yang ringkas dan tepat. Bagi mereka pernah belajar dengan guru , mudahlah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka terpaksa belajar sendiri. Sudahlah terpaksa mencari panduan tersebut, panduan tersebut pula belum tentu menepati citarasa kita sebagai pelajar samaada terlalu ringkas atau terlalu sukar difahami.

Suhaimi Ismail merupakan salah seorang Internet Marketer (IM) yang telah lama menceburi bidang perniagaan online sejak 2006. Sebagai seorang IM, Photoshop memang salah satu kepakaran beliau. Anda boleh lihat sendiri banner, logo, dan bermacam-macam lagi design yang telah beliau cipta di laman-laman niaga beliau. Itu belum lagi pengalaman beliau sebagai Graphic Designer selama 6 tahun di Kluang, Johor.

Untungnya, beliau telah bercadang untuk menerbit eBook panduan Adobe Photoshop tak lama lagi. Beliau baru ini-ini telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau ingin menerbitkan satu panduan yang mudah dan ringkas kepada mereka yang benar-benar ingin belajar menggunakan Photoshop.

Penerbit

Saya telah mengenali Suhaimi Ismail sejak 2004 lagi. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang teliti, penulis yang baik dan penterjemah yang menarik. Saya percaya eBook yang bakal diterbitkan oleh beliau sangat mudah difahami. Bak kata Panglima GAPU, ‘Penterjemahan perlulah seperti ABC (A=Accurate, B=Brief, C=Clarity)’. Ahaks~~

Saya sendiri walaupun belum pernah membaca eBook tersebut, berani mempromosikan produk beliau kerana percaya produk tersebut pasti bernilai untuk anda yang benar-benar ingin mempelajari Photoshop.

Produk

Harga? Saya pada mulanya mencadangkan agar beliau menjual eBook tersebut dengan harga RM80++. Tp jika beliau ingin menjual produk tersebut dengan harga yang lebih murah, anda memang betul-betul bernasib baik. Tambahan pula, beliau ada memaklumkan ingin memberi produk beliau yang sebelumnya iaitu 10 000 fonts secara percuma!
10 000 fonts! Kalau harganya kedua-duanya lebih kurang RM 100-+ pun, anda memang bernasib baik!

Produk tersebut telah siap hampir 50%, dan saya sendiri teruja untuk mendapatkan produk tersebut. Daripada anda menghabiskan masa mencari panduan yang sesuai, lebih baik kita mencari satu panduan yang benar-benar sesuai. Tak percaya? Cuba anda search sendiri panduan Photoshop di Youtube, berapa ribu panduan yang dapat anda cari..

Produk tersebut bakal dipasarkan dalam masa dua bulan lagi. Saya harap anda dapat bersabar menunggu produk tersebut tak lama lagi. 

Oct 24, 2010

Monyet Pun Tahu Berkasih Sayang


29 Ogos 2010
Merupakan hari bersejarah kepada aku dan isteriku kerana kami dikurniakan kembar perempuan bernama Wafa Alisha dan Wafa Aliyah. Sehingga hari ini, aku dan isteri masih belum merasai kepenatan yang diceritakan oleh rakan-rakan yang lain bahawa penat menjaga anak, tak tidur malam, banyak belanja dan lain-lain lagi. Malah apa yang berlaku setiap malam ialah aku dan isteriku sering berebut peluang untuk menjaga anak. Itu belum lagi berebut mendukung anak apabila ber shopping.. Nampaknya setakat dua bulan bersama,  aku tidak merasai langsung penatnya 

Alah.. kalau setakat pampers RM30 dan susu RM30 setiap minggu, apa yang nak dikisahkan. Rokok aku pun seminggu RM 70. 
Maybe belum sampai masanya kot.. Huhuhu..

Gambar dibawah dihantar oleh seorang rakan saya melalui email. Monyet pun tahu berkasih sayang..





Oct 23, 2010

Hangat Di Pasaran! Fesyen Terbaru Wanita Islam

Ambo nie nak kata kuat agama, sembahyang tak tinggal tak jugak. Tp ambo tau la sikit-sikit tentang adab-adab berpakaian wanita Islam, adab pergaulan lelaki dan wanita dan lain-lain lagi. Tetapi kekadang tue, ada orang tu yang rasa nye tahu, tp saje je nak bagi orang lain marah.. Saje je nak bagi orang lain hangin tak tentu pasal. Senang cerita, tengok sendiri lah..

Video nie saya kategorikan macam biskut jugak la. Sekejap ada, sekejap takde. So, baik tgk sebelum kena remove.. Siapa cepat, dia dapat..

Pembohongan Ibuku..

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu aku memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan aku, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi aku. Aku perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.

Cerita ini bermula ketika aku masih kecil. Aku lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, aku sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk aku. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk aku, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika aku mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg aku makan tadi.Aku sedih melihat mak seperti itu. Hati aku tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, aku memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
  
Di usia awal remaja, aku masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan aku, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, aku terjaga dari tidur. Aku melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali aku lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Aku berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani aku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu aku di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar aku lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut aku dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, aku segera memberikan cawan aku itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas aku baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
 
Setelah persekolahan, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sarjana itu aku sudahi dengan cemerlang, kemudian aku pun bekerja dengan akuarikat yang telah membiayai pengajian aku. Dengan gaji yang agak lumayan, aku berhajat membawa mak melancong untuk menikmati pandangan di negara orang. Pada pandangan aku, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan aku. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

 Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam aku menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Aku menjenguk ibunda tercinta.Aku melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah aku dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan aku sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Aku dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Aku menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Aku cium tangan mak, kemudian aku kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati aku terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Terima Kasih Mak. Terima Kasih Berbohong Demi Kebahagiaan Ku.. (Puteri Islam)

Oct 18, 2010

Business Templete for eBay

Salam Sejahtera..

Saya tidak nafikan di dalam perniagaan eBay ini, idea yang sedikit mampu menjana hingga ribuan ringgit. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan business template yang telah saya laksanakan beberapa bulan lalu.

Idea ini muncul beberapa bulan lalu apabila saya cuba mencari template yang sesuai untuk listing saya. Memandangkan saya menjalankan perniagaan eBay sebagai part time atau seperti kata msaiful ---> 'eBay sebagai hobi', saya tidak mempunyai banyak masa untuk mencari item-item fizikal. Maka template merupakan satu-satunya item fizikal yang boleh saya cipta dari rumah. Dan mengejutkan, akaun tersebut menjadi 'TOP RATED SELLER' dengan hanya menjual templete. Apa yang perlu saya buat, cari free templateubah HTML (memerlukan pengetahuan asas pengaturcaraan), burn cd dan jual! Kelebihan menjual template eBay ini ialah anda tak perlu susah-susah mencari barang fizikal dan menanggung kerugian jika barang tersebut tidak laku. Modal yang perlu hanyalah sekeping cd.

Jika Anda Mempunyai Pengetahuan Pengaturcaraan/ HTML Dan Mampu Membina 5 Template Seperti Ini , Maka Harga Yang Dapat Anda Jual Ialah $32.50!!! 



Harga Bagi Template eBay Mencecah Ratusan Dolar. Melampau Btul!!

Sebenarnya banyak perisian yang menawarkan pembinaan template secara percuma, sebagai contoh  Auction-O-Matic.

Jika anda hanya merupakan pengguna template, anda boleh menggunakan Listing Factory 2009 untuk membina template anda. Yuran tahunan hanya $49.90/ $89.90 (sebenarnya anda boleh download dan crack sahaja perisian ini). Atau paling teruk pon, anda boleh mendapatkan free template di http://www.freeboutiquetemplates.com/





Oct 14, 2010

New Proton Inspira Specification, Picture and Price


Model baru Proton dinamakan Inspira ini dijual dengan harga RM79,888 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter. 

Model baru Proton  ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer dengan kendalian dan suspension dipertingkatkan oleh Proton. Inspira juga menggunakan sentuhan pemanduan sebelah kanan Lotus untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan di Malaysia. 

Specifikasi Proton Inspira ini adalah seperti berikut:
4B10 Specifications (1.8)
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications (2.0)
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm

 

 
Inspira Road Test

Oct 9, 2010

Overdraft + ASB! Jangan Pandang Sebelah Mata


Pengenalan

Overdraft dalam definasi yg mudah adalah kemudahan kredit (hutang) yg diberikan oleh pihak bank kepada anda dengan memberikan satu had kredit bagi membolehkan anda mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa sahaja.

Kebiasaanya pinjaman OD perlu disandarkan dengan asset atau wang simpanan sebagai sandaran sekiranya kegagalan anda dalam menyelesaikan semula kemudahan kredit yg telah diberikan oleh pihak bank.

Sandaran yg biasa digunakan adalah ke atas hartanah, fixed deposit dan juga unit amanah bagi sesetengah bank. Secara ringkasnya, kita dibenarkan membuat pinjaman pada bank jika kita mempunyai jumlah simpanan yang besar pada bank dan kadar pinjaman yang dibenarkan, 90% daripada nilai aset/simpanan (Maybank Islamik).

Kenapa Overdraft?

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila melihat banyak kakitangan kerajaan (yang sangat-sangat memiliki kemudahan pinjaman) menghabiskan wang pinjaman dengan begitu sahaja. Sebagai contoh, saya sendiri pernah membuat pinjaman sebanyak RM10k suatu masa dahulu untuk membeli motosikal. RM7k untuk bayaran motosikal, RM1k untuk perbelanjaan dan RM2K lagie saya xpasti hilang entah ke mana.. Jadi, apa yang berlaku setelah enam tahun berkhidmat di dalam sektor kerajaan ialah, saya telah membeli 2 motosikal yang baru (dengan hutang baru yang lain) dan saya juga menangung hutang RM10K itu hingga kini.

Jadi, apa yang saya cuba terangkan ialah, bagaimana anda boleh membuat OD dan dalam masa yang sama anda menerima dividen ASB setiap tahun.

Sebagai contoh, anda mempunyai wang sebanyak RM10K. Wang tersebut anda laburkan dalam ASB dan membuat OD ke atas pelaburan ASB tersebut. Maka OD yang akan anda terima ialah RM9K (90% ke atas nilai aset). Wang tersebut boleh anda gunakan untuk keperluan, dan anda mampu menerima dividen ASB.
 
Interest OD

Seperti saya katakan sebelumnya, OD adalah pinjaman terhadap aset yang kita miliki. So, OD juga mempunyai kadar interest nya sendiri, tetapi sangat rendah!
Kadar interest OD adalah 3.55% - 6.75% setahun bergantung kepada bank.

(30hari/365hari) x 6.75% x RM10 000 = RM49.93 sebulan.

Maka, kadar yang perlu anda bayar kepada bank ialah RM 49.93 sebulan!
Tetapi bandingkan kadar dividen yang akan anda terima iaitu lebih kurang 8% atau RM800 setahun.

Kelebihan OD

Bagi anda yang lebih bijak pula, anda boleh melabur di dalam ASB, membuat OD ke atas pelaburan tersebut dan kemudiannya melabur kembali wang tersebut. Contohnya seperti berikut:

Pelaburan ASB         : RM10 000
OD yang layak          : RM 9000

OD yang diterima, kemudian dilaburkan kembali. Jumlah pelaburan: RM 19 000
Dividen diterima (8%)          : RM1 520.

Keuntungan (tolak interest OD) : RM 1 520 – RM 499.30 = RM1 020.70!!

Jadi, bayangkan jika jumlah pelaburan anda RM 100k atau RM 50K.
Selamat Mencuba...




Sep 29, 2010

Sajak Buat Anakku


Wafa Alishah
Sesungguhnya dunia ini amat mencabar
Penuh suka duka, masam dan manisnya
Terlalu banyak pengaruhnya
Maka berpeganglah kepada yang Satu
Dan engkau takkan tergelincir dari landasan kehidupan

Anakku,

Bapa mu ini tidak sehebat mana
Kurang agamanya, sedikit ilmunya
Wafa Aliyah
Maka engkau junjunglah yang terbaik dariku dan palinglah yang buruk dariku
Sesungguhnya Allah itu tuhan kamu
Muhammad itu pemimpin kamu
Islam itu agama kamu

Tatkala sebelum kelahiranmu
Bukan wang yang ku gusarkan, bukan makan minummu yang ku resahkan
Tetapi agamamu menjadi bebanan ku
Ku tak mampu anakku
Aku sedar aku tak layak digelar muslimin sejati
 
Anakku,

Ketika kelahiranmu
Ku terbayang dibenak fikiranku
Bagaimanakah kamu di usia 10 tahun mu?
Bagaimanakah kamu ketika di usia 20 tahun?
Bertudungkah kamu? Berseluar jeanskah kamu atau berseluar pendekkah kamu?
Satu harapku, jagalah farajmu sehingga kamu bertemu lelaki yang halal bagi mu

Anakku,

Terimalah yang terbaik dari ku
Khas untuk kedua bintang hati ku
Namun yang terbaik dari ku ini bukanlah landasan sebenar untuk kamu
Jagalah perilaku mu, akhlakmu, budi bicaramu dan pergaulanmu
Sesungguhnya Fatimah itu ikutan sebenar kamu

Kepada anakku Alisya dan Alia,
Ibubapamu tidak mengharap untuk dijaga apabila tua kelak
Cukuplah sekadar penyedap di hati, untuk mengenali kamu sebagai wanita solehah kelak

Anakku,

Berhati-hatilah dengan lelaki
Lelaki solehah membawa ke syurga
Lelaki durjana membawa ke neraka
Pilihlah yang terbaik untuk mu
Dan jagalah pergaulanmu

Papa berjanji tidak akan mengkhianati kamu
Papa bersumpah tidak akan mengabaikan kamu
Tapi berjanjilah kepada papa, kamu tidak akan mengingkari ibu kamu
Sesungguhnya ibu kamu adalah wanita terbaik bagi ku dan ibu terbaik bagi kamu
Hormatilah dia sebagaimana dia menghormati kamu

Alisya dan Alia,

Cukuplah nukilan ini untuk kamu
Ingatlah, pada tanggal 19 Ramadhan 1431 Hijrah, telah banyak cabaran dan pengaruhnya
Maka ingatlah pesanan papa ini
Insyaallah, kamu akan bahagia dunia dan akhirat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...