Click On The Ad

Oct 30, 2010

VeRO Programs

VeRO Program atau kata nama lainnnya Verified Rights Owner Programs adalah satu program yang membolehkan pemilik sebenar sesuatu items untuk melaporkan bahawa seseorang penjual itu menjual barang jualan palsu. Program ini adalah untuk melindungi hak pemilik sebenar termasuk tanda dagang, hak cipta atau hak undang-undang yang lain.

Sebagai contoh, seorang pemilik boleh meminta eBay untuk menghapuskan items yang mempunyai logo pemilik itu, jika items tersebut bukan produk asli pemilik. Program ini membantu pemilik sebenar dan juga membantu pembeli membeli barangan asli.

Bagi seller yang menjual barangan VeRO, listing bagi items tersebut akan dihapuskan dan seller akan diberi amaran atau akaun seller tersebut terus ditamatkan serta merta. Di antara denda yang akan dikenakan kepada seller ialah selling restrcition in 7 days, selling restriction in 30 days dan selling limit. Denda yang dikenakan kepada seller bergantung kepada pertimbangan eBay Safe and Harbour Department dan jenis VeRO yang dijual. Anda boleh melihat list items yang mempunyai VeRO seperti di http://pages.ebay.com/help/community/vero-aboutme.html

Mengapa Listing VeRO Saya Ditamatkan Sedangkan Banyak Lagi Seller Yang Menjual Items Tersebut?

Sebab utama listing anda ditamatkan sedangkan listing seller yang lain tidak ditamatkan ialah kerana pemilik VeRO masih belum melaporkan items tersebut kepada eBay. Ini bermakna listing VeRO anda mungkin ditamatkan dalam masa sehari, seminggu atau sebulan sehingga pemilik VeRO itu melaporkan kepada eBay.

Lain-lain

eBay pernah di saman oleh Bidz.com pada Oct 2003 kerana ‘mewujudkan persaingan perniagaan yang tidak adil, memanupulasikan logo perniagaan dan membenarkan seller di eBay menjual barangan palsu.’ Sejak itu, larangan terhadap jualan VeRO items sangat diambil berat oleh eBay.


1 comment:

Anonymous said...

suck ebay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...