Click On The Ad

Oct 27, 2010

Siapa Nak Panduan Adobe Photoshop dan 10 000 Fonts?


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan Photoshop ini sangat meluas daripada Photograher, Web Designer, Graphic Designer dan bermacam-macam lagi. Sehingga hari ini, saya masih tercari-cari buku panduan/rujukan yang benar-benar mudah difahami dan senang digunakan. Panduan yang sering saya gunakan ialah melalui YouTube dan blog-blog ringkas.

Namun setakat mana anda dapat mencari panduan-panduan tersebut yang ringkas dan tepat. Bagi mereka pernah belajar dengan guru , mudahlah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka terpaksa belajar sendiri. Sudahlah terpaksa mencari panduan tersebut, panduan tersebut pula belum tentu menepati citarasa kita sebagai pelajar samaada terlalu ringkas atau terlalu sukar difahami.

Suhaimi Ismail merupakan salah seorang Internet Marketer (IM) yang telah lama menceburi bidang perniagaan online sejak 2006. Sebagai seorang IM, Photoshop memang salah satu kepakaran beliau. Anda boleh lihat sendiri banner, logo, dan bermacam-macam lagi design yang telah beliau cipta di laman-laman niaga beliau. Itu belum lagi pengalaman beliau sebagai Graphic Designer selama 6 tahun di Kluang, Johor.

Untungnya, beliau telah bercadang untuk menerbit eBook panduan Adobe Photoshop tak lama lagi. Beliau baru ini-ini telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau ingin menerbitkan satu panduan yang mudah dan ringkas kepada mereka yang benar-benar ingin belajar menggunakan Photoshop.

Penerbit

Saya telah mengenali Suhaimi Ismail sejak 2004 lagi. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang teliti, penulis yang baik dan penterjemah yang menarik. Saya percaya eBook yang bakal diterbitkan oleh beliau sangat mudah difahami. Bak kata Panglima GAPU, ‘Penterjemahan perlulah seperti ABC (A=Accurate, B=Brief, C=Clarity)’. Ahaks~~

Saya sendiri walaupun belum pernah membaca eBook tersebut, berani mempromosikan produk beliau kerana percaya produk tersebut pasti bernilai untuk anda yang benar-benar ingin mempelajari Photoshop.

Produk

Harga? Saya pada mulanya mencadangkan agar beliau menjual eBook tersebut dengan harga RM80++. Tp jika beliau ingin menjual produk tersebut dengan harga yang lebih murah, anda memang betul-betul bernasib baik. Tambahan pula, beliau ada memaklumkan ingin memberi produk beliau yang sebelumnya iaitu 10 000 fonts secara percuma!
10 000 fonts! Kalau harganya kedua-duanya lebih kurang RM 100-+ pun, anda memang bernasib baik!

Produk tersebut telah siap hampir 50%, dan saya sendiri teruja untuk mendapatkan produk tersebut. Daripada anda menghabiskan masa mencari panduan yang sesuai, lebih baik kita mencari satu panduan yang benar-benar sesuai. Tak percaya? Cuba anda search sendiri panduan Photoshop di Youtube, berapa ribu panduan yang dapat anda cari..

Produk tersebut bakal dipasarkan dalam masa dua bulan lagi. Saya harap anda dapat bersabar menunggu produk tersebut tak lama lagi. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...