Click On The Ad

Nov 6, 2010

Apa Yang Boleh Dilakukan Jika Anda Menerima Negetive Feedback

All About Feedback

Feedback merupakan komen dan rating yang diberikan oleh pembeli terhadap barangan yang dijual. Feedback mewakili penjual samada beliau merupakan seorang penjual yang baik atau tidak.

Setiap kali anda menjual sesuatu, pembeli mempunyai hak untuk meninggalkan feedback tentang perkhidmatan dan barangan yang dibeli. Feedback terdiri daripada +ve, neutral, -ve dan dibenarkan meninggalkan sedikit komen. Penjual membina reputasi sebagai penjual yang baik atau buruk dari feedback dan komen yang ditinggalkan oleh pembeli.

Maklumat ini boleh didapati di profile feedback penjual. Setiap ahli eBay boleh melihat profile feedback setiap penjual yang dikehendakinya. Oleh kerana jualan online berdasarkan kepercayaan dan keikhlasan, feedback merupakan salah satu cara untuk membina reputasi sebagai penjual. Bilangan feedback diwakili oleh warna bintang (di sebelah user id penjual) seperti berikut:

 
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima –ve Feedback 

Negetive Feedback merupakan mimpi ngeri bagi setiap penjual. Feedback –ve bukan sahaja melambang perkhidmatan/ barangan yang buruk, malah penjual juga mungkin dikenakan selling limit, low visibility dan akhir sekali akaun di hentikan oleh eBay.

Bagi penjual yang menerima feedback –ve, penjual boleh memohon agar feedback tersebut ditarik balik. Ini bergantung kepada penjual bagaimana untuk memikat pembeli agar menukar feedbacknya. Samaada memulangkan wang, menggantikan dengan barangan  yan g baru atau membayar sejumlah wang kepada pembeli sehingga mereka sanggup untuk menukarkan feedback mereka. 

Penjual boleh memohon agar feedback mereka ditukarkan di http://pages.ebay.com/help/feedback/questions/remove.html dan click ‘Submit a Feedback Revision Request’. Pembeli akan menerima email berkenaan permohonan penjual untuk menukar feedback dan boleh menukar feedback mereka.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...