Click On The Ad

Oct 9, 2010

Overdraft + ASB! Jangan Pandang Sebelah Mata


Pengenalan

Overdraft dalam definasi yg mudah adalah kemudahan kredit (hutang) yg diberikan oleh pihak bank kepada anda dengan memberikan satu had kredit bagi membolehkan anda mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa sahaja.

Kebiasaanya pinjaman OD perlu disandarkan dengan asset atau wang simpanan sebagai sandaran sekiranya kegagalan anda dalam menyelesaikan semula kemudahan kredit yg telah diberikan oleh pihak bank.

Sandaran yg biasa digunakan adalah ke atas hartanah, fixed deposit dan juga unit amanah bagi sesetengah bank. Secara ringkasnya, kita dibenarkan membuat pinjaman pada bank jika kita mempunyai jumlah simpanan yang besar pada bank dan kadar pinjaman yang dibenarkan, 90% daripada nilai aset/simpanan (Maybank Islamik).

Kenapa Overdraft?

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila melihat banyak kakitangan kerajaan (yang sangat-sangat memiliki kemudahan pinjaman) menghabiskan wang pinjaman dengan begitu sahaja. Sebagai contoh, saya sendiri pernah membuat pinjaman sebanyak RM10k suatu masa dahulu untuk membeli motosikal. RM7k untuk bayaran motosikal, RM1k untuk perbelanjaan dan RM2K lagie saya xpasti hilang entah ke mana.. Jadi, apa yang berlaku setelah enam tahun berkhidmat di dalam sektor kerajaan ialah, saya telah membeli 2 motosikal yang baru (dengan hutang baru yang lain) dan saya juga menangung hutang RM10K itu hingga kini.

Jadi, apa yang saya cuba terangkan ialah, bagaimana anda boleh membuat OD dan dalam masa yang sama anda menerima dividen ASB setiap tahun.

Sebagai contoh, anda mempunyai wang sebanyak RM10K. Wang tersebut anda laburkan dalam ASB dan membuat OD ke atas pelaburan ASB tersebut. Maka OD yang akan anda terima ialah RM9K (90% ke atas nilai aset). Wang tersebut boleh anda gunakan untuk keperluan, dan anda mampu menerima dividen ASB.
 
Interest OD

Seperti saya katakan sebelumnya, OD adalah pinjaman terhadap aset yang kita miliki. So, OD juga mempunyai kadar interest nya sendiri, tetapi sangat rendah!
Kadar interest OD adalah 3.55% - 6.75% setahun bergantung kepada bank.

(30hari/365hari) x 6.75% x RM10 000 = RM49.93 sebulan.

Maka, kadar yang perlu anda bayar kepada bank ialah RM 49.93 sebulan!
Tetapi bandingkan kadar dividen yang akan anda terima iaitu lebih kurang 8% atau RM800 setahun.

Kelebihan OD

Bagi anda yang lebih bijak pula, anda boleh melabur di dalam ASB, membuat OD ke atas pelaburan tersebut dan kemudiannya melabur kembali wang tersebut. Contohnya seperti berikut:

Pelaburan ASB         : RM10 000
OD yang layak          : RM 9000

OD yang diterima, kemudian dilaburkan kembali. Jumlah pelaburan: RM 19 000
Dividen diterima (8%)          : RM1 520.

Keuntungan (tolak interest OD) : RM 1 520 – RM 499.30 = RM1 020.70!!

Jadi, bayangkan jika jumlah pelaburan anda RM 100k atau RM 50K.
Selamat Mencuba...




4 comments:

Suhaimi Ismail said...

Bagus idea ini..keep it up dengan info-info yg menarik

Bo the Nerd said...

Bagus info ni. Rasanya utk OD-ASB kena ada 11k dalam ASB baru layak utk buat ASB.
Satu lagi cara utk menabung melalui ASB, buat ASB loan. Ini mmg bagus utk org yang rasa2 tak disiplin utk menyimpan.

Btw. kalau minat side income, visit www.toneexcel.com. Nak tahu lagi, YM saya @ fendi_bo@yahoo.com. Salam.

www.boisanerd.blogspot.com

Zamri Zahari Imtiyaz said...

bagus gak tuh...saya ade 20k dalam ASB...hmm xto plak bleh wat OD...kna maklum kat bank ke?

Anonymous said...

Yer.. Saudara mmg kna maklum kat Bank utk wat OD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...