Click On The Ad

Oct 30, 2010

VeRO Programs

VeRO Program atau kata nama lainnnya Verified Rights Owner Programs adalah satu program yang membolehkan pemilik sebenar sesuatu items untuk melaporkan bahawa seseorang penjual itu menjual barang jualan palsu. Program ini adalah untuk melindungi hak pemilik sebenar termasuk tanda dagang, hak cipta atau hak undang-undang yang lain.

Sebagai contoh, seorang pemilik boleh meminta eBay untuk menghapuskan items yang mempunyai logo pemilik itu, jika items tersebut bukan produk asli pemilik. Program ini membantu pemilik sebenar dan juga membantu pembeli membeli barangan asli.

Bagi seller yang menjual barangan VeRO, listing bagi items tersebut akan dihapuskan dan seller akan diberi amaran atau akaun seller tersebut terus ditamatkan serta merta. Di antara denda yang akan dikenakan kepada seller ialah selling restrcition in 7 days, selling restriction in 30 days dan selling limit. Denda yang dikenakan kepada seller bergantung kepada pertimbangan eBay Safe and Harbour Department dan jenis VeRO yang dijual. Anda boleh melihat list items yang mempunyai VeRO seperti di http://pages.ebay.com/help/community/vero-aboutme.html

Mengapa Listing VeRO Saya Ditamatkan Sedangkan Banyak Lagi Seller Yang Menjual Items Tersebut?

Sebab utama listing anda ditamatkan sedangkan listing seller yang lain tidak ditamatkan ialah kerana pemilik VeRO masih belum melaporkan items tersebut kepada eBay. Ini bermakna listing VeRO anda mungkin ditamatkan dalam masa sehari, seminggu atau sebulan sehingga pemilik VeRO itu melaporkan kepada eBay.

Lain-lain

eBay pernah di saman oleh Bidz.com pada Oct 2003 kerana ‘mewujudkan persaingan perniagaan yang tidak adil, memanupulasikan logo perniagaan dan membenarkan seller di eBay menjual barangan palsu.’ Sejak itu, larangan terhadap jualan VeRO items sangat diambil berat oleh eBay.


Oct 27, 2010

Siapa Nak Panduan Adobe Photoshop dan 10 000 Fonts?


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan Photoshop ini sangat meluas daripada Photograher, Web Designer, Graphic Designer dan bermacam-macam lagi. Sehingga hari ini, saya masih tercari-cari buku panduan/rujukan yang benar-benar mudah difahami dan senang digunakan. Panduan yang sering saya gunakan ialah melalui YouTube dan blog-blog ringkas.

Namun setakat mana anda dapat mencari panduan-panduan tersebut yang ringkas dan tepat. Bagi mereka pernah belajar dengan guru , mudahlah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka terpaksa belajar sendiri. Sudahlah terpaksa mencari panduan tersebut, panduan tersebut pula belum tentu menepati citarasa kita sebagai pelajar samaada terlalu ringkas atau terlalu sukar difahami.

Suhaimi Ismail merupakan salah seorang Internet Marketer (IM) yang telah lama menceburi bidang perniagaan online sejak 2006. Sebagai seorang IM, Photoshop memang salah satu kepakaran beliau. Anda boleh lihat sendiri banner, logo, dan bermacam-macam lagi design yang telah beliau cipta di laman-laman niaga beliau. Itu belum lagi pengalaman beliau sebagai Graphic Designer selama 6 tahun di Kluang, Johor.

Untungnya, beliau telah bercadang untuk menerbit eBook panduan Adobe Photoshop tak lama lagi. Beliau baru ini-ini telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau ingin menerbitkan satu panduan yang mudah dan ringkas kepada mereka yang benar-benar ingin belajar menggunakan Photoshop.

Penerbit

Saya telah mengenali Suhaimi Ismail sejak 2004 lagi. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang teliti, penulis yang baik dan penterjemah yang menarik. Saya percaya eBook yang bakal diterbitkan oleh beliau sangat mudah difahami. Bak kata Panglima GAPU, ‘Penterjemahan perlulah seperti ABC (A=Accurate, B=Brief, C=Clarity)’. Ahaks~~

Saya sendiri walaupun belum pernah membaca eBook tersebut, berani mempromosikan produk beliau kerana percaya produk tersebut pasti bernilai untuk anda yang benar-benar ingin mempelajari Photoshop.

Produk

Harga? Saya pada mulanya mencadangkan agar beliau menjual eBook tersebut dengan harga RM80++. Tp jika beliau ingin menjual produk tersebut dengan harga yang lebih murah, anda memang betul-betul bernasib baik. Tambahan pula, beliau ada memaklumkan ingin memberi produk beliau yang sebelumnya iaitu 10 000 fonts secara percuma!
10 000 fonts! Kalau harganya kedua-duanya lebih kurang RM 100-+ pun, anda memang bernasib baik!

Produk tersebut telah siap hampir 50%, dan saya sendiri teruja untuk mendapatkan produk tersebut. Daripada anda menghabiskan masa mencari panduan yang sesuai, lebih baik kita mencari satu panduan yang benar-benar sesuai. Tak percaya? Cuba anda search sendiri panduan Photoshop di Youtube, berapa ribu panduan yang dapat anda cari..

Produk tersebut bakal dipasarkan dalam masa dua bulan lagi. Saya harap anda dapat bersabar menunggu produk tersebut tak lama lagi. 

Oct 24, 2010

Monyet Pun Tahu Berkasih Sayang


29 Ogos 2010
Merupakan hari bersejarah kepada aku dan isteriku kerana kami dikurniakan kembar perempuan bernama Wafa Alisha dan Wafa Aliyah. Sehingga hari ini, aku dan isteri masih belum merasai kepenatan yang diceritakan oleh rakan-rakan yang lain bahawa penat menjaga anak, tak tidur malam, banyak belanja dan lain-lain lagi. Malah apa yang berlaku setiap malam ialah aku dan isteriku sering berebut peluang untuk menjaga anak. Itu belum lagi berebut mendukung anak apabila ber shopping.. Nampaknya setakat dua bulan bersama,  aku tidak merasai langsung penatnya 

Alah.. kalau setakat pampers RM30 dan susu RM30 setiap minggu, apa yang nak dikisahkan. Rokok aku pun seminggu RM 70. 
Maybe belum sampai masanya kot.. Huhuhu..

Gambar dibawah dihantar oleh seorang rakan saya melalui email. Monyet pun tahu berkasih sayang..





Oct 23, 2010

Hangat Di Pasaran! Fesyen Terbaru Wanita Islam

Ambo nie nak kata kuat agama, sembahyang tak tinggal tak jugak. Tp ambo tau la sikit-sikit tentang adab-adab berpakaian wanita Islam, adab pergaulan lelaki dan wanita dan lain-lain lagi. Tetapi kekadang tue, ada orang tu yang rasa nye tahu, tp saje je nak bagi orang lain marah.. Saje je nak bagi orang lain hangin tak tentu pasal. Senang cerita, tengok sendiri lah..

Video nie saya kategorikan macam biskut jugak la. Sekejap ada, sekejap takde. So, baik tgk sebelum kena remove.. Siapa cepat, dia dapat..

Pembohongan Ibuku..

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu aku memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan aku, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi aku. Aku perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.

Cerita ini bermula ketika aku masih kecil. Aku lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, aku sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk aku. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk aku, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika aku mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg aku makan tadi.Aku sedih melihat mak seperti itu. Hati aku tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, aku memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
  
Di usia awal remaja, aku masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan aku, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, aku terjaga dari tidur. Aku melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali aku lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Aku berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani aku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu aku di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar aku lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut aku dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, aku segera memberikan cawan aku itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas aku baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
 
Setelah persekolahan, aku melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sarjana itu aku sudahi dengan cemerlang, kemudian aku pun bekerja dengan akuarikat yang telah membiayai pengajian aku. Dengan gaji yang agak lumayan, aku berhajat membawa mak melancong untuk menikmati pandangan di negara orang. Pada pandangan aku, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan aku. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

 Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam aku menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Aku menjenguk ibunda tercinta.Aku melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah aku dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan aku sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Aku dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Aku menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Aku cium tangan mak, kemudian aku kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati aku terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Terima Kasih Mak. Terima Kasih Berbohong Demi Kebahagiaan Ku.. (Puteri Islam)

Oct 18, 2010

Business Templete for eBay

Salam Sejahtera..

Saya tidak nafikan di dalam perniagaan eBay ini, idea yang sedikit mampu menjana hingga ribuan ringgit. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah berkenaan business template yang telah saya laksanakan beberapa bulan lalu.

Idea ini muncul beberapa bulan lalu apabila saya cuba mencari template yang sesuai untuk listing saya. Memandangkan saya menjalankan perniagaan eBay sebagai part time atau seperti kata msaiful ---> 'eBay sebagai hobi', saya tidak mempunyai banyak masa untuk mencari item-item fizikal. Maka template merupakan satu-satunya item fizikal yang boleh saya cipta dari rumah. Dan mengejutkan, akaun tersebut menjadi 'TOP RATED SELLER' dengan hanya menjual templete. Apa yang perlu saya buat, cari free templateubah HTML (memerlukan pengetahuan asas pengaturcaraan), burn cd dan jual! Kelebihan menjual template eBay ini ialah anda tak perlu susah-susah mencari barang fizikal dan menanggung kerugian jika barang tersebut tidak laku. Modal yang perlu hanyalah sekeping cd.

Jika Anda Mempunyai Pengetahuan Pengaturcaraan/ HTML Dan Mampu Membina 5 Template Seperti Ini , Maka Harga Yang Dapat Anda Jual Ialah $32.50!!! 



Harga Bagi Template eBay Mencecah Ratusan Dolar. Melampau Btul!!

Sebenarnya banyak perisian yang menawarkan pembinaan template secara percuma, sebagai contoh  Auction-O-Matic.

Jika anda hanya merupakan pengguna template, anda boleh menggunakan Listing Factory 2009 untuk membina template anda. Yuran tahunan hanya $49.90/ $89.90 (sebenarnya anda boleh download dan crack sahaja perisian ini). Atau paling teruk pon, anda boleh mendapatkan free template di http://www.freeboutiquetemplates.com/





Oct 14, 2010

New Proton Inspira Specification, Picture and Price


Model baru Proton dinamakan Inspira ini dijual dengan harga RM79,888 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter. 

Model baru Proton  ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer dengan kendalian dan suspension dipertingkatkan oleh Proton. Inspira juga menggunakan sentuhan pemanduan sebelah kanan Lotus untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan di Malaysia. 

Specifikasi Proton Inspira ini adalah seperti berikut:
4B10 Specifications (1.8)
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications (2.0)
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm

 

 
Inspira Road Test

Oct 9, 2010

Overdraft + ASB! Jangan Pandang Sebelah Mata


Pengenalan

Overdraft dalam definasi yg mudah adalah kemudahan kredit (hutang) yg diberikan oleh pihak bank kepada anda dengan memberikan satu had kredit bagi membolehkan anda mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa sahaja.

Kebiasaanya pinjaman OD perlu disandarkan dengan asset atau wang simpanan sebagai sandaran sekiranya kegagalan anda dalam menyelesaikan semula kemudahan kredit yg telah diberikan oleh pihak bank.

Sandaran yg biasa digunakan adalah ke atas hartanah, fixed deposit dan juga unit amanah bagi sesetengah bank. Secara ringkasnya, kita dibenarkan membuat pinjaman pada bank jika kita mempunyai jumlah simpanan yang besar pada bank dan kadar pinjaman yang dibenarkan, 90% daripada nilai aset/simpanan (Maybank Islamik).

Kenapa Overdraft?

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila melihat banyak kakitangan kerajaan (yang sangat-sangat memiliki kemudahan pinjaman) menghabiskan wang pinjaman dengan begitu sahaja. Sebagai contoh, saya sendiri pernah membuat pinjaman sebanyak RM10k suatu masa dahulu untuk membeli motosikal. RM7k untuk bayaran motosikal, RM1k untuk perbelanjaan dan RM2K lagie saya xpasti hilang entah ke mana.. Jadi, apa yang berlaku setelah enam tahun berkhidmat di dalam sektor kerajaan ialah, saya telah membeli 2 motosikal yang baru (dengan hutang baru yang lain) dan saya juga menangung hutang RM10K itu hingga kini.

Jadi, apa yang saya cuba terangkan ialah, bagaimana anda boleh membuat OD dan dalam masa yang sama anda menerima dividen ASB setiap tahun.

Sebagai contoh, anda mempunyai wang sebanyak RM10K. Wang tersebut anda laburkan dalam ASB dan membuat OD ke atas pelaburan ASB tersebut. Maka OD yang akan anda terima ialah RM9K (90% ke atas nilai aset). Wang tersebut boleh anda gunakan untuk keperluan, dan anda mampu menerima dividen ASB.
 
Interest OD

Seperti saya katakan sebelumnya, OD adalah pinjaman terhadap aset yang kita miliki. So, OD juga mempunyai kadar interest nya sendiri, tetapi sangat rendah!
Kadar interest OD adalah 3.55% - 6.75% setahun bergantung kepada bank.

(30hari/365hari) x 6.75% x RM10 000 = RM49.93 sebulan.

Maka, kadar yang perlu anda bayar kepada bank ialah RM 49.93 sebulan!
Tetapi bandingkan kadar dividen yang akan anda terima iaitu lebih kurang 8% atau RM800 setahun.

Kelebihan OD

Bagi anda yang lebih bijak pula, anda boleh melabur di dalam ASB, membuat OD ke atas pelaburan tersebut dan kemudiannya melabur kembali wang tersebut. Contohnya seperti berikut:

Pelaburan ASB         : RM10 000
OD yang layak          : RM 9000

OD yang diterima, kemudian dilaburkan kembali. Jumlah pelaburan: RM 19 000
Dividen diterima (8%)          : RM1 520.

Keuntungan (tolak interest OD) : RM 1 520 – RM 499.30 = RM1 020.70!!

Jadi, bayangkan jika jumlah pelaburan anda RM 100k atau RM 50K.
Selamat Mencuba...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...